Monday 19 October 2015

Ke Kelantan ke Kite

16 Oktober 2015 - 10.30 p.m
Aq dan sahabat-sahabat seperjuangan ,menaiki bas yang disediakan ke Kelantan untuk menghadiri Himpunan 60k Fastaqim. Waktu tu rase excited sangat-sangat sebab first dapat ke perhimpunan nii.. Second,sebab dapat ke Kelantan, negeri yang sangat aq nak jejak. Kami sampai ke Kelantan dalam pukul 8 pagi pada keesokkan harinya dan terus ke Masjid Muhammadi untuk bersiap dan berehat. Ya Allah, semasa berada dalam masjid tu pun excited aq x hilang lagi. Mana taknye, selalunye dgr dr bibir-bibir org je negeri kelantan ni camni,camni.. Tapi hari tu, aq sudah berada di Kelantan. Betapa bersyukurnye aq sebab diberikan keizinan oleh Allah untuk berada di tanah yang di gelar serambi Mekah ini.

Pada pukul 2 petang selepas zolat Zohor, kami berjalan kaki ke Stadium Muhammad IV di mana perhimpunan Fastaqim ini diadakan. Mule-mule ingat naik bas pergi situ tapi ustaz yang bawa kami suruh jalan kaki sebab jalan nak masuk ke situ dah pun jem. Maka, berjalan kaki la kami. Sampai kat sana, MashaAllah ramainye orang yang membanjiri perkarangan sekitar stadium tu. Sementara tunggu aktiviti kemuncak pada sebelah malam, telah berlangsung lantai kemah keming nama die. Kitorg pun duduk tgok persembahan-persembahan yang disajikan. Yang paling menyentuh perasaan apabila dengar  pidato oleh adik-adik yang comel. Subhanallah, serius berbakat sangat. Sangat menyentuh hati terutama khutbah oleh adik Nik Mustaqim yg merupakan cucu saudara Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Aq amat tersentuh hati apabila melihat pelbagai jenis keadaan manusia yang hadir di perhimpunan ini semata-mata untuk melahirkan sokongan terhadap perjuangan Islam. Seorang ayah yang kedua-dua tangannya memegang anak-anaknya yang masih kecil, mengejar mereka jika mereka lari. Melihat seorang ibu yang mendukung anak kecil sambil kepalanya ditutupi kain kerana tak bagi anaknya kepanasan. Melihat seorang pak cik yang bertongkat mencari tempat redup untuk berlindung, melihat seorang mak cik yang tangannye dipenuhi beg plastik (die beli barang banyak agaknye.. hihi). Melihat seorang ibu dan ayah menolak kerusi roda anaknya yang kurang upaya dan yang paling aq tersentuh melihat seorang remaja lelaki yang kurang upaya bersusah payah menggunakan tongkat untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Allahu, mereka yang kurang dalam kudrat mampu istiqamah dalam perjuangan yang penuh duri ini, bagaimana dengan kita yang sempurna serba serbi?? Adakah kita mampu? Adakah kita ikhlas? tepuk dada tanya Iman. Moga kita semua terus Istiqamah dalam perjuangan ini.

Aktiviti kemuncak adalah pada sebelah malam. Jangan tak percaya lautan hijau memenuhi segenap pelusuk stadium. MashaAllah di saat perjuangan ini menghadapi kemelut mereka-mereka ini masih memilih untuk terus istiqamah.  Aq bersyukur sebab dapat berada di sini bersama-sama mereka dan saf-saf kepimpinan yang hebat.. Satu aq nak gtaw, gimik pembukaan dy memang gempak la.. hihi.. 
Paling syahdu apabila melihat montaj yg dipersembahkan. Sungguh, waktu Tuan Guru masih hidup tak pernah sekalipun aq berjumpa dengan beliau dan berjumpa dgn Tuan Guru merupakan salah stu impian aq dari dulu. Tapi,Allah lebih menyayangi beliau. dan kite hanya boleh berdoa agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Berada di sini adalah antara kenangan terindah aq. Pelbagai manfaat yang dapat diambil serta mendengar taujihat-taujihat dari murabbi-murabbi yang sudah lama berada dalam perjuangan ini. Moga kita semua terus beristiqamah hingga akhirnya.. Bantu dan bimbinglah kami Ya Allah agar tidak terpesong dari jalan-Mu Ya Rabb.. Moga kami terus berada dalam jalan ini sehingga maut menjemput..

Ada peristiwa yang tak dapat aku lupakan sepanjang perhimpunan ini berlangsung. Apabila diri ini terpisah dari sahabat-sahabat lain dan tak dapat hubungi mereka sebab line takde.. Dalam 2 jam jgk la aq melilau cari depa tapi x jumpe. dgn dompet n beg pd dyorg. Alhamdulillah handset ade ditangan.. Memang cuak jgk time tu sbb x knl sape2.. waktu tu hanya mampu berdoa spya terserempak dgn sape2 yg knl. Tapi xde sorg pon yg knl.. Sebab hati kental je x keluar air mata,kalo x kental mmg lama mata masuk habuk.. Lepas melilau cri org kat kawasan luar stadium tp x jumpe akhirnya buat kputusan nak msok stadium sorg2.. Alhamdulillah wkt ddk kat ctu, terjumpa dgn seorg sahabat yg knl. kami pun pusing stadium nak cari org lain dan akhirnya jumpa dgn sahabat-sahabat PERMAi.. Alhamdilillah.. Dan akhirnya jumpa jugak dgn sahabat-sahabat UKM yang sama-sama pergi tu.
Ade hikmahnya aq sesat ny, salah satunya dapat jumpa dgn geng-geng Permai n se lagi dapat jimat duit jgk sebab sepanjang malam beg dan dompet kat orang lain.. huhu.. Satu je aq nak pesan, walau dimana pun kite, berseorangan atau tidak.. Yakin Allah jaga kite.. 
Sekian..
#fastaqim
#salam himpunan 60k dan lebih
#istiqamahhinggakemenangan







Friday 11 September 2015

UKM STYLE!!!

I'm back!!!!!

Baru 2 minggu rasanya kat Universiti Kebangsaan Malaysia ny tapi macam dah 2 bulan.. Seriously homesick..Lambat betul nak adapt persekitaran kat sini.. Tapi, disebabkan aku seorang yang kental, maka aku kentalkan hati untuk berada disini.. wuish, ayat poyo.. *tak sabar nak balik raya haji sebenarnya..

Tujuan menulis ny sebab nak share pengalaman sikit la sebab baru dua minggu kat sini kan.. Kalo dua bulan nak share pengalan banyak. Tapi buat masa sekarang sikit jela dulu. Jujur aku cakap, bile umi abah dah hantar kat sini pastu mereka nak balik,tipu la tak nangis. hahaha.. Waktu tu aku sedar, aku ni bukanlah seorang yang kental sangat.. Koya kental je.. hurm.. k,tutup citer kat citu.. hahahah..

First masuk, of coure la ada Minggu Mesra Mahasiswa lebih kurang macam orientasi la jugak. Tak tahu la nak cakap macam mana.. Ade part yang best and ade part yang buat aku sakit hati. Aq tak kisah pasal nak marah2 bagai, nak emo2 or nak jadikan aku budak skema sepanjang orientasi tu sebab aku taw itu semua adat orientasi. Tapi yang paling aku sakit hati bile pemudahcara program tidak menitikberatkan pasal solat. Aq rasa waktu MMM ny sokmo jgk la aku solat asar dgn isyak lambat. Bayangkan solat asar pukul 6 petang. Itupon sebab aku tak gi makan. Kalau aku gi makan, mau solar asar pukul 6.30.. Solat isyak pulak sampai pkul 1,2 pagi. Ok,mesti ada yang cakap, relex r.. solat isyak sampai pukul 5 kot.. Memang sampai pukul 5, tapi adakah kita yakin solat lambat itu semurna? adakah solat yang sengaja dilambatkan itu diterima Allah?? Tepuk dada tanya iman.

Yes,aq admit.. Aku culture shock bile ada majlis menari,joget2 and konsert. Mula2 waktu nyanyi2 aku boleh terima lagi tapi bile dah start masok joget.. Aku tak boleh terima kot.. hurm.. Maaf aku katakan,aku rasa kosong time tu. Yela, aku berada dalam bi'ah solehah dari form 1 lagi. Walaupun aku ny tak la solehah mana tapi aku masih tahu halal haram or baik buruk sesuatu perkara. Aku cume takut aku tak kuat iman dan akan terjebak dengan perkara-perkara yang aku tak pernah buat.

Tapi alhamdulillah, aku masih ada sahabat yang sentiasa ingatkan aku. Sentiasa nasihatkan aku, Syakirah cakap,aku dihantar Allah ke UKM ada hikmahnya, ada sebabnya. Aku perlu sabar dan sentiasa terima dengan rela hati. Tikah pon sokmo bagi kata-kata semangat yg ngarot2 sbnrnya.. sebab dy kata nak gembirakan hati aku je.. *ambik tisu lap air mata terharu.. Umi pon selalu bagi kata-kata semangat. Tapi selalunya kata-kata semangat umi berakhir dgn tangisan aku.. hahaha.. Sabar ye umi dapat anak yang cengeng camni.. Kat sini ada jugak rakan2 yg sentiasa ambil berat pasal aku. So, buat apa aq nak sedih.. Aku ade mereka dan yang penting,aku ada Allah...

Sekarang panas pasal pilihanraya kampus.. Aku harap agar pilihanraya yang adil tapi harapan tinggal harapan.. kenapa?? pikir2kan lah..Main kotor berani lah.. hurm..  Moga insan2 yang sentiasa berada dijalan yang benar menang. Keep moving forward.. Ungu di hati.. Istiqamah hingga kemenangan!!!!

K,nanti ada perkara yang menarik aku coret lagi. Yang rasa tak menarik maaflah sebab bagi aku.. Hidup aku sentiasa menarik.. hihihi.. Sampai jumpa..

#youarestrongerthanyouthink

Wednesday 19 August 2015

Teruskan Berdoa!!!

Bimillahirrahmanirrahim..

Baru-baru nie keputusan UPU keluar. Alhamdulillah,Allah kurniakan rezeki yang tak pernah tercapai dek akalku.. Sungguh aku isi borang Universiti Malaya sebab umi yang suruh dan aku tak yakin aku akan dapat sebab yelahh.. UM kot, universiti untuk budak-budak cerdik.. Sebab ape aku x yakin?? sebab tengok syarat kemasukan nak 3.85.. Memang tak layak lah aku nak duduk kat situ.. Tapi rezeki Allah kan.. Kalau Dia kata kat situ ada rezeki ko.. Maka tak ada yang mustahil bagi-Nya. Dekat UM ny aku dapat kos Syariah Undang-Undang, kos yang ketiga x silap yang aku pilih.. Memang aku minat nak belajar syariah,tapi hati aku bukan untuk undang-undang.. haaa.. gitew.. Lagipon aq tanya pendapat ramai orang termasuk umi abah, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah dan kawan-kawan aku.. Memang banyak pendapat yang dyorg bagi tapi aku yakin dengan keputusan aku lepas memohon petunjuk Allah.

Lupe nak bagitaw, alhamdulillah aku dapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia jgk dalam kos bahasa arab dan tamadun Islam.. Ny la antara sebab miss merah ny conpius nak pilih mana satu.. hihi.. Tapi sekarang aku yakin dengan keputusan aku, insyaAllah UKM pilihan aku.. lagipun memang impian aku nak 'masyi' dalam bahasa Arab.. Aku teringin nak cakap arab dengan fasihnya.. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk aku menyambung pengajian dalam bahasa Arab lagi.. Moga pilihan aku ny pilihan yang terbaik untuk aku.

Debar pulak nak masuk ke alam yang lain ny.. Yelah, sokmonye duduk dekat sekolah je.. Pastu terikat dengan peraturan asrama. Skunk ny nak masuk alam yang lebih advance pula. Aku harap agar Allah kuatkan jati diri yang selalu lagha nie agar tak lalai dengan persekitaran yang baru.. insyaAllah.

Untuk kawan,kawan yang belum ada rezeki lagi untuk teruskan pengajian ke IPTA, teruskan berdoa.. Kuasa doa itu ajaib.. Allah itu adil. Dia tahu yang terbaik.. Mungkin rezeki Allah bagi lambat sikit sebab nak uji kita agar sabar dan redha dengan ketentuannya. Aku pegang dengan satu kata-kata nie "ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA MAHU TAPI ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU". Mungkin yang kita mahu tu bukan yang terbaik bagi kita maka Allah datangkan sesuatu yang kita perlu. Berdoalah sahabat..
Aku harap sangat semua rakan-rakan aku dapat menyambung pengajian mereka.. Tadi ada seorang ibu sahabat aku ny tanya aku dapat mana? Sambil usap belakang aku ibu ini ucapkan tahniah sambil cakap ' Doakan anak mak cik dapat panggilan kedua untuk IPTA'. Sebak hati ini melihat seorang ibu yang penuh pengharapan agar anaknya dapat menyambung pengajiannya. InsyaAllah akan ada rezeki anakmu wahai ibu.

Moga kita semua berjaya!!!

Friday 26 June 2015

Ramadhan datang lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak update blog ny.. tak tahu kenapa.. nak kata busy aq ny bukanlah menteri yang busy memanjang.. mungkin sebab nak dapat idea dan ilham untuk menulis tu mengambil masa yang lama agaknya.. kihkihkih..

Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi.. Bersyukur dapat mengambil peluang beribadah dalam bulan yang penuh barakah ini.. Ini Ramadhan pertama yang rasa macam lain sikit.. Ye la, sebelum ny bulan Ramadhan di asrama.. 7 tahun kot aq sambut Ramadhan kat asrama.. Terikat dengan segala peraturan-peraturan dan jadual-jadual yang pengawas dan BADAR buat..

Macam-macam aktiviti yang depa penuhkan untuk bebudak asrama ny.. kadang-kadang rasa penat sebab padat sangat. Pastu komplain tak habis2.. kesian kat depa yang penat-penat pikir nak buat apa aktiviti sepanjang Ramadhan.. kita ni tahu komplen je.. Ish3, tak patut.... Apa contoh aktiviti yang depa wat?? Of course la tadarus.. wajib tu.. setiap pagi lepas solat Subuh dan lepas solat Asar mesti buat.. Tarawih berjemaah.. Yang ny part aq x boleh blah.. Kalo da ngantuk sangat,tengah tarawih pon boleh sengguk lagi.. Tu la akibat melantak banyak sangat makanan waktu berbuka.. Ala bese la.. budak asrama tak pernah tak ngantuk.. nak-nak aku ny.. Sabtu ahad akan ada aktiviti-aktiviti yang memenuhi masa lapang budak-budak asrama yang asyik nak tido je.. 

Betul apa orang kata,kalau sesuatu tu memang terbentang depan die, die xkan hargainya.. bile susah nak dapat baru terasa kehilangan.. Ramadhan taun ini aq kehilangan suasana ini.. Suasana tadarus beramai-ramai,berbuka dan bersahur bersama-sama, solat tarawih berjemaah.. Sungguh aq rindukannya.. Duduk di rumah, aku kurang beribadat.. Mungkin faktor aku bekerja ataupun mungkin sebab aku ny memang hamba Allah yang agak pemalas.. Kene ketuk baru jalan.. Kene suruh baru buat.. Sebelum ini, mungkin aku tidak hargai kenapa aktiviti-aktiviti ini perlu buat.. 

Sebenarnya,setiap aktiviti yang disusun di asrama bukan untuk membebankan pelajjar malah untuk melatih kite-kite ny menjadi insan yang kuat di bulan Ramadhan ini.. Bukan pelajar yang hanya terbaring di atas katil menunggu waktu mengambil nasi di dewan makan.. Setiap perkara yang cikgu, warden ,pengawas, BADAR, mahupun exco2 buat semuanya ada kebaikan malah di bulan yang mulia ini, Allah melipatgandakan ganjaran untuk setiap kebaikan yang kita lakukan.. best woo.. sape xnak?? Pahala berlipat kali ganda kte dapat.. 

Jadinya, kita patut bersyukur Allah pertemukan lagi kita dengan Ramadhan yang penuh barakah ini.. Sebelum ini,berapa ramai yang kita dengar sudah dipanggil menghadap Ilahi dan tidak sempat bertemu Ramadhan ini.. Maka,bersyukurlah kita.. Dan berusahalah untuk mencari pahala yang berlipat kali ganda dari Allah dan melakukan amalan dengan ikhlas dan istiqamah..
Ayuh,cari redha Allah.. Moga-moga bulan Ramadhan kali ini menjadi asbab untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya..

Untuk adik-adik yang masih bersekolah dan masih tinggal di asrama, hargailah setiap aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi masa terluang di bulan yang mulia ini.. Kerna sesungguhnya, adik-adik akan merindui saat-saat itu.. Saat-saat yang berharga dalam kehidupan adik-adik.. Nanti bile dah habis sekolah dan tak tinggal di asrama dah, xde sape yang akan care kat kite.. Kite kene pandai-pandai sendiri bagaimana untuk memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat..

Sekian coretan yang panjang lebar ini.. Lepas gian sebab lama tak menaip.. hihi.. Maaf jika ada kekurangan..

Thursday 26 February 2015

Sungguh aq redha

Result aq bakal keluar isnin ni..
Debaran makin terasa..
Sungguh.. Aku takut..
Aku takut utk berhadapan dgn umi abah andai result aq tdk dpt mengembirakan hati mereka..
Sblom ny,sdh bnyk perkara yg aq x mmpu mmberi mrk keseronokan apbila org lain mmpu memberinya..
Tapi,setiap keputusan yg aq dpt,aq terima dgn hati yg lapang dan redha sbb aq tahu tiap ape yg Allah kurniakn utk aq adlh yg terbaik..
Dan aku yakin,setiap usaha pasti ada kejayaan wlpn usaha aq tdk setinggi mana..
Aku yakin,rezeki Allah itu luas.. jika di sini bkn rezekiku,pasti di luar sana nnt akn muncul rezeki yg Allah berikan pdku..

Please..
Pray 4 my result..

#resultSTPM2014

Tulisan pertama

Menginjak ke umur 20 tahun..
Terasa ingin menjadi seorang penulis saje-saje..
So,terciptalah blog merahituwarnaku ini..
Tulisan dalam blog ini bukan dari seorang yang alim yang tahu semua berkaitan Islam tapi hanya tulisan dari seorang hamba Allah yang melalui hidup yang diberikan Allah dengan gembira..
Setiap tulisan ini atas pengalaman dan pemerhatian sekeliling yang boleh dijadikan iktibar..
Semoga mendapat sedikit hikmah dalam penulisan ini..

Blog ini hanya suka-suka untuk memenuhi masa lapang yang kadang-kadang ada.. haaa,gittew.. hihi..

Andai  ade yg sudi membaca blog aq ny, satu yg ku pinta..
Jgn mengeji andai tak suka tp tegurlah dalam keadaan yg berhemah spya aq dpt memperbaiki tiap apa yg aq perlu baiki..
Aq bkn seorg yg puitis tp will be.. hehe..

have fun..