Friday 11 September 2015

UKM STYLE!!!

I'm back!!!!!

Baru 2 minggu rasanya kat Universiti Kebangsaan Malaysia ny tapi macam dah 2 bulan.. Seriously homesick..Lambat betul nak adapt persekitaran kat sini.. Tapi, disebabkan aku seorang yang kental, maka aku kentalkan hati untuk berada disini.. wuish, ayat poyo.. *tak sabar nak balik raya haji sebenarnya..

Tujuan menulis ny sebab nak share pengalaman sikit la sebab baru dua minggu kat sini kan.. Kalo dua bulan nak share pengalan banyak. Tapi buat masa sekarang sikit jela dulu. Jujur aku cakap, bile umi abah dah hantar kat sini pastu mereka nak balik,tipu la tak nangis. hahaha.. Waktu tu aku sedar, aku ni bukanlah seorang yang kental sangat.. Koya kental je.. hurm.. k,tutup citer kat citu.. hahahah..

First masuk, of coure la ada Minggu Mesra Mahasiswa lebih kurang macam orientasi la jugak. Tak tahu la nak cakap macam mana.. Ade part yang best and ade part yang buat aku sakit hati. Aq tak kisah pasal nak marah2 bagai, nak emo2 or nak jadikan aku budak skema sepanjang orientasi tu sebab aku taw itu semua adat orientasi. Tapi yang paling aku sakit hati bile pemudahcara program tidak menitikberatkan pasal solat. Aq rasa waktu MMM ny sokmo jgk la aku solat asar dgn isyak lambat. Bayangkan solat asar pukul 6 petang. Itupon sebab aku tak gi makan. Kalau aku gi makan, mau solar asar pukul 6.30.. Solat isyak pulak sampai pkul 1,2 pagi. Ok,mesti ada yang cakap, relex r.. solat isyak sampai pukul 5 kot.. Memang sampai pukul 5, tapi adakah kita yakin solat lambat itu semurna? adakah solat yang sengaja dilambatkan itu diterima Allah?? Tepuk dada tanya iman.

Yes,aq admit.. Aku culture shock bile ada majlis menari,joget2 and konsert. Mula2 waktu nyanyi2 aku boleh terima lagi tapi bile dah start masok joget.. Aku tak boleh terima kot.. hurm.. Maaf aku katakan,aku rasa kosong time tu. Yela, aku berada dalam bi'ah solehah dari form 1 lagi. Walaupun aku ny tak la solehah mana tapi aku masih tahu halal haram or baik buruk sesuatu perkara. Aku cume takut aku tak kuat iman dan akan terjebak dengan perkara-perkara yang aku tak pernah buat.

Tapi alhamdulillah, aku masih ada sahabat yang sentiasa ingatkan aku. Sentiasa nasihatkan aku, Syakirah cakap,aku dihantar Allah ke UKM ada hikmahnya, ada sebabnya. Aku perlu sabar dan sentiasa terima dengan rela hati. Tikah pon sokmo bagi kata-kata semangat yg ngarot2 sbnrnya.. sebab dy kata nak gembirakan hati aku je.. *ambik tisu lap air mata terharu.. Umi pon selalu bagi kata-kata semangat. Tapi selalunya kata-kata semangat umi berakhir dgn tangisan aku.. hahaha.. Sabar ye umi dapat anak yang cengeng camni.. Kat sini ada jugak rakan2 yg sentiasa ambil berat pasal aku. So, buat apa aq nak sedih.. Aku ade mereka dan yang penting,aku ada Allah...

Sekarang panas pasal pilihanraya kampus.. Aku harap agar pilihanraya yang adil tapi harapan tinggal harapan.. kenapa?? pikir2kan lah..Main kotor berani lah.. hurm..  Moga insan2 yang sentiasa berada dijalan yang benar menang. Keep moving forward.. Ungu di hati.. Istiqamah hingga kemenangan!!!!

K,nanti ada perkara yang menarik aku coret lagi. Yang rasa tak menarik maaflah sebab bagi aku.. Hidup aku sentiasa menarik.. hihihi.. Sampai jumpa..

#youarestrongerthanyouthink