Monday 19 October 2015

Ke Kelantan ke Kite

16 Oktober 2015 - 10.30 p.m
Aq dan sahabat-sahabat seperjuangan ,menaiki bas yang disediakan ke Kelantan untuk menghadiri Himpunan 60k Fastaqim. Waktu tu rase excited sangat-sangat sebab first dapat ke perhimpunan nii.. Second,sebab dapat ke Kelantan, negeri yang sangat aq nak jejak. Kami sampai ke Kelantan dalam pukul 8 pagi pada keesokkan harinya dan terus ke Masjid Muhammadi untuk bersiap dan berehat. Ya Allah, semasa berada dalam masjid tu pun excited aq x hilang lagi. Mana taknye, selalunye dgr dr bibir-bibir org je negeri kelantan ni camni,camni.. Tapi hari tu, aq sudah berada di Kelantan. Betapa bersyukurnye aq sebab diberikan keizinan oleh Allah untuk berada di tanah yang di gelar serambi Mekah ini.

Pada pukul 2 petang selepas zolat Zohor, kami berjalan kaki ke Stadium Muhammad IV di mana perhimpunan Fastaqim ini diadakan. Mule-mule ingat naik bas pergi situ tapi ustaz yang bawa kami suruh jalan kaki sebab jalan nak masuk ke situ dah pun jem. Maka, berjalan kaki la kami. Sampai kat sana, MashaAllah ramainye orang yang membanjiri perkarangan sekitar stadium tu. Sementara tunggu aktiviti kemuncak pada sebelah malam, telah berlangsung lantai kemah keming nama die. Kitorg pun duduk tgok persembahan-persembahan yang disajikan. Yang paling menyentuh perasaan apabila dengar  pidato oleh adik-adik yang comel. Subhanallah, serius berbakat sangat. Sangat menyentuh hati terutama khutbah oleh adik Nik Mustaqim yg merupakan cucu saudara Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Aq amat tersentuh hati apabila melihat pelbagai jenis keadaan manusia yang hadir di perhimpunan ini semata-mata untuk melahirkan sokongan terhadap perjuangan Islam. Seorang ayah yang kedua-dua tangannya memegang anak-anaknya yang masih kecil, mengejar mereka jika mereka lari. Melihat seorang ibu yang mendukung anak kecil sambil kepalanya ditutupi kain kerana tak bagi anaknya kepanasan. Melihat seorang pak cik yang bertongkat mencari tempat redup untuk berlindung, melihat seorang mak cik yang tangannye dipenuhi beg plastik (die beli barang banyak agaknye.. hihi). Melihat seorang ibu dan ayah menolak kerusi roda anaknya yang kurang upaya dan yang paling aq tersentuh melihat seorang remaja lelaki yang kurang upaya bersusah payah menggunakan tongkat untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Allahu, mereka yang kurang dalam kudrat mampu istiqamah dalam perjuangan yang penuh duri ini, bagaimana dengan kita yang sempurna serba serbi?? Adakah kita mampu? Adakah kita ikhlas? tepuk dada tanya Iman. Moga kita semua terus Istiqamah dalam perjuangan ini.

Aktiviti kemuncak adalah pada sebelah malam. Jangan tak percaya lautan hijau memenuhi segenap pelusuk stadium. MashaAllah di saat perjuangan ini menghadapi kemelut mereka-mereka ini masih memilih untuk terus istiqamah.  Aq bersyukur sebab dapat berada di sini bersama-sama mereka dan saf-saf kepimpinan yang hebat.. Satu aq nak gtaw, gimik pembukaan dy memang gempak la.. hihi.. 
Paling syahdu apabila melihat montaj yg dipersembahkan. Sungguh, waktu Tuan Guru masih hidup tak pernah sekalipun aq berjumpa dengan beliau dan berjumpa dgn Tuan Guru merupakan salah stu impian aq dari dulu. Tapi,Allah lebih menyayangi beliau. dan kite hanya boleh berdoa agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Berada di sini adalah antara kenangan terindah aq. Pelbagai manfaat yang dapat diambil serta mendengar taujihat-taujihat dari murabbi-murabbi yang sudah lama berada dalam perjuangan ini. Moga kita semua terus beristiqamah hingga akhirnya.. Bantu dan bimbinglah kami Ya Allah agar tidak terpesong dari jalan-Mu Ya Rabb.. Moga kami terus berada dalam jalan ini sehingga maut menjemput..

Ada peristiwa yang tak dapat aku lupakan sepanjang perhimpunan ini berlangsung. Apabila diri ini terpisah dari sahabat-sahabat lain dan tak dapat hubungi mereka sebab line takde.. Dalam 2 jam jgk la aq melilau cari depa tapi x jumpe. dgn dompet n beg pd dyorg. Alhamdulillah handset ade ditangan.. Memang cuak jgk time tu sbb x knl sape2.. waktu tu hanya mampu berdoa spya terserempak dgn sape2 yg knl. Tapi xde sorg pon yg knl.. Sebab hati kental je x keluar air mata,kalo x kental mmg lama mata masuk habuk.. Lepas melilau cri org kat kawasan luar stadium tp x jumpe akhirnya buat kputusan nak msok stadium sorg2.. Alhamdulillah wkt ddk kat ctu, terjumpa dgn seorg sahabat yg knl. kami pun pusing stadium nak cari org lain dan akhirnya jumpa dgn sahabat-sahabat PERMAi.. Alhamdilillah.. Dan akhirnya jumpa jugak dgn sahabat-sahabat UKM yang sama-sama pergi tu.
Ade hikmahnya aq sesat ny, salah satunya dapat jumpa dgn geng-geng Permai n se lagi dapat jimat duit jgk sebab sepanjang malam beg dan dompet kat orang lain.. huhu.. Satu je aq nak pesan, walau dimana pun kite, berseorangan atau tidak.. Yakin Allah jaga kite.. 
Sekian..
#fastaqim
#salam himpunan 60k dan lebih
#istiqamahhinggakemenangan







No comments:

Post a Comment