Dah lama tak menulis kat blog ni rasanya. Nak kata tak de
masa tipu sangatlah sebenarnya sebab aq pun tengah cuti semesta jadinya banyak
jugak la masa lapang. Hihi.. mungkin kekeringan idea nak tulis apa sebenarnya. Topik
kali ni adalah anak-anakku.. eh.. dah ade anak ke?? Chill2.. bukan anak betul.. anak-anak murid
yang aq pernah mengajar dulu.. phewww.. idea nie timbul bila aq pergi melawat
anak-anak murid aq yg dulu kat pasti baru-baru nie..
Waktu pergi pasti baru-baru nie, rasa seronok bila dapat
tengok anak-anak yang semakin membesar. Dulu aq mengajar 5 tahun jadinya
kebanyakan anak murid aq skrg dah 6 tahun. Tapi ade jugak yang tak membesar still
kecik macam dulu.. huhu.. tujuan aku pergi pasti baru ni pun sebab nak tengok
kalam jamaie utk tahun ni..(tahun lepas aq yang ajar kalam jamaie tu.. hiks..) mereka akan bertanding pada minggu depan. Aq harap
mereka dapat buat yang terbaik.
Okay sekarang aq nak cerita pengalaman aq mengajar anak-anak
tu selama 5 bulan. Tak lama pun sebenarnya Cuma 5 bulan tapi bermacam
pengalaman yang aq dapat sepanjang bergelar seorang muaddibah.. kanak-kanak nie
sebenarnya kene pandai tarik perhatian dyorg. Bila dyorg dah selesa dengan kita
maka keluarlah perangai dyorg yang pelbagai tu. Huhu.. ada yang rajin sangat
ada yang malas(bila suruh buat kerja je banyak la alas an, nak korek pensel la
ape la.. ) ada juga yang sentiasa inginkan perhatian. Pada mulanya, mereka nie
agak annoying la.. tapi lama-lama itulah perangai yang membuatkan kite seronok
time mengajar..
Ada seorang anak murid aq ni, aq syak dia ada disleksia*
sebabnya bila aq bagi sesuatu perkataan untuk tulis dia boleh tulis cume abjad
tu jadi terbalik. Walaupun aq hanya suruh dy tiru tapi dy tetap tak boleh tulis
dengan betul. Kanak-kanak seperti ini mereka normal, mereka bermain, bercakap
seperti biasa tetapi mereka tidak dapat menulis dengan betul. Jadinya untuk
anak murid ini, kena lebihkan tumpuan.. dia ni lelaki jadinya tahu2 lah nakal
dia camne.. susah nak suruh duduk diam..
Apa yang aq nampak, kanak-kanak lelaki memang tak boleh
duduk ditempat dia dalam tempoh yang lama. Lepas 10 minit ade la alasan masing-masing
nak bergerak.. hahaha.. kanak-kanak
perenpuan ni dia baik sikit, takdelah berlari satu kelas tu cume biaselah dah
nama pun perempuan meraka nak perhatian la sikit. Dan bila ada masalah ngn
kawan sikit mulalah duduk jauh-jauh.. ish3.. aq ingatkan budak 5 tahun xde
masalah friendship rupenya ade jugak.. fuhh.. nak selesaikan tu payoh jugak
la..
Dalam ramai-ramai anak murid yang aq ajar ade dua org dynamic
duo aq panggil depa berdua ni.. hihi.. sebabnya dyorg kalo tak buar nakal
sama-sama mesti gaduh berdua.. kesian syifa yang duk tepi dyorg kena tempias
sekali.. (syifa tu dah la kecik) dynamic duo ni mmg menceriakan hari-hari aq
sebenarnya dalam kelas.. nama dyorg umair ngn iskandar. Umair ni die manja
sikit tapi kalau dia senyum sangat manis.. bila dia bergaduh ngn iskandar dialah
yang nangis dulu pastu datang ngadu “muaddibah,iskandar ambik warna saya..
iskandar pukul saya.. iskandar itu. Iskandar ini..” kelakar pulak bila pikir balik..
hihi.. iskandar pulak memang nakal budaknya tapi bila kita suruh dia minta maaf
dia ikut je.. pernah sekali aq suruh syifa duduk antara umair ngn iskandar tapi
x jadi jugak sbb iskandar nak jgk duduk sblh umair.. haish.. mcm2 kan??
Sebenrnya, perangai anak-anak murid aq nie lah yang aq
rindu.. memang nak kabor setiap hari kena menghadap budak-budaj mengadu,
menangis n macam-macam lah.. tapi dengan perangai mereka inilah kita belajar
erti sabar, belajar macam mana untuk menguruskan kanak-kanak dan bagaimana
susahnya seorang guru mendidik kita sehingga dewasa macam ni.. sesungguhnya aq
tabik dengan semua guru kat dunia ini.. mereka penat lelah mengajar kita
sehingga pandai.. maka, setinggi mana pun puncak yang kita gapai sesungguhnya
ada insan yang membantu kita menggapainya. Jangan sombong jangan lupa pandang
bawah.. guru tadika, pasti , taska dan sebagainya ini nampak kecil sahaja tapi
mereka jugalah insan yang membantu kita semasa kecil.
Untuk anak-anak muaddibah yang muaddibah sgt sayangi (walaupun
aq tahu mereka takkn baca) moga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah
serta menjadi permata ummah yang menegakkan syiar Islam satu hari nanti..
Sekian pengalaman aq sepanjang 5 bulan menjadi seorang
pendidik.. tak tahu lah lepas ni mampu lagi ke tak.. huhu.. di sini ada aq sertakan gambar kenangan
sepanjang aq mengajar di Pasti Az-Zahrah.
gambar kenangan pertandingan alam ria
semasa melawat taman teruntun
di taman teruntum lagi.. hihi
alhamdulillah kalam jamie dapat ke peringkat negeri mewakili pasti kawasan Kuantan
btw, nie lah umair yang diceritakan diatas.. gambar anak-anak murid aq yang lain x jumpa kat mane:'(