Saban tahun, setiap kali musim cuti sekolah datang, PERMAI pasti tidak akan ketinggalan melakukan program-program yang bermanfaat
sesuai dengan masa lapang para pelajar. Antaranya ialah Kem Intensif Al-Quran
(KIA). KIA ini adalah satu kem yang mengajar para peserta tentang cara bacaan
Al-Quran dengan betul serta hukum-hukum tajwid yang ada dalam Al-Quran.
Saya pernah menjadi salah seorang penggerak KIA. Dan disini
saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman berharga saya sepanjang berada
dalam kem tersebut. Melihat kanak-kanak yang bersungguh-sungguh mempelajari
Al-Quran pada usia mereka itu sangat menyentuh hati. Walaupun ada dikalangan
peserta yang sudah mahir dalam bacaan Al-Quran namun masih lagi mahu menjadi
peserta KIA ini. Mungkin untuk ‘topup’ ilmu mereka itu. Jadi, atas alasan apa
kita yang sudah besar ini meninggalkan Al-Quran? Adakah kita merasakan ilmu
kita sudah cukup? Sama-sama muhasabah diri.
Berada dalam kelompok kanak-kanak ini ada kalanya mencabar
juga. Yelah, mereka pun manusia, kanak-kanak lagi tu. Bila lama-lama belajar
sampai satu ketika mereka juga rasa bosan dan ingin bermain. Saya masih ingat,
bila sampai waktu tengah hari akan ada kanak-kanak ini merengek lapar dan
bertanyakan bila nak makan.. tapi, fasi2 ni pandai.. Bila nampak mereka ni dah
bosan, ada yang selitkan aktiviti yang seronok. Ada juga yang bagi mereka
baring sekejap.. haish.. macam-macam ragam. Tapi, itulah yang seronoknya.
Semasa Kia di Kuantan, ada seorang peserta yang merupakan
kanak-kanak istimewa. Dia ditarik oleh Allah nikmat berjalan. Sangat menyentuh
hati. Walaupun istimewa dari orang lain langsung tak menjadikannya
seorang yang pasif malah kanak-kanak ini antara yang paling aktif dan ramah
semasa kem ini. Jadi, kita yang sempurna ini? Masih ada alasankah untuk kita
membaca dan belajar Al-Quran?
خيركم من تعلّم القرءان وعلّمه
'Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan
mengajarkannya' (riwayat Al Bukhari)
Jadi, apa tunggu lagi? Yang ada adik-adik, anak-anak sedara
tu, moh la daftarkan mereka dalam program ini.. insyaAllah ada banyak manfaat
yang akan diperoleh.
moh daftar!!
belajar tajwid dalam kumpulan
wow, sukan memanah pun adaa...
gigihnya adik nie..
kenangan semasa Kem Intensif Al-Quran di Kuantan
Sekian. Moga bermanfaat..:)
#KiaPermai
#PermaiMenulis
#KiaPermai
#PermaiMenulis