Monday 14 November 2016

Kem Intensif Al-Quran (KIA)

Saban tahun, setiap kali musim cuti sekolah datang, PERMAI pasti tidak akan ketinggalan melakukan program-program yang bermanfaat sesuai dengan masa lapang para pelajar. Antaranya ialah Kem Intensif Al-Quran (KIA). KIA ini adalah satu kem yang mengajar para peserta tentang cara bacaan Al-Quran dengan betul serta hukum-hukum tajwid yang ada dalam Al-Quran.

Saya pernah menjadi salah seorang penggerak KIA. Dan disini saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman berharga saya sepanjang berada dalam kem tersebut. Melihat kanak-kanak yang bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran pada usia mereka itu sangat menyentuh hati. Walaupun ada dikalangan peserta yang sudah mahir dalam bacaan Al-Quran namun masih lagi mahu menjadi peserta KIA ini. Mungkin untuk ‘topup’ ilmu mereka itu. Jadi, atas alasan apa kita yang sudah besar ini meninggalkan Al-Quran? Adakah kita merasakan ilmu kita sudah cukup? Sama-sama muhasabah diri.

Berada dalam kelompok kanak-kanak ini ada kalanya mencabar juga. Yelah, mereka pun manusia, kanak-kanak lagi tu. Bila lama-lama belajar sampai satu ketika mereka juga rasa bosan dan ingin bermain. Saya masih ingat, bila sampai waktu tengah hari akan ada kanak-kanak ini merengek lapar dan bertanyakan bila nak makan.. tapi, fasi2 ni pandai.. Bila nampak mereka ni dah bosan, ada yang selitkan aktiviti yang seronok. Ada juga yang bagi mereka baring sekejap.. haish.. macam-macam ragam. Tapi, itulah yang seronoknya.

Semasa Kia di Kuantan, ada seorang peserta yang merupakan kanak-kanak istimewa. Dia ditarik oleh Allah nikmat berjalan. Sangat menyentuh hati. Walaupun istimewa dari orang lain langsung tak menjadikannya seorang yang pasif malah kanak-kanak ini antara yang paling aktif dan ramah semasa kem ini. Jadi, kita yang sempurna ini? Masih ada alasankah untuk kita membaca dan belajar Al-Quran?
خيركم من تعلّم القرءان وعلّمه
'Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya' (riwayat Al Bukhari)


Jadi, apa tunggu lagi? Yang ada adik-adik, anak-anak sedara tu, moh la daftarkan mereka dalam program ini.. insyaAllah ada banyak manfaat yang akan diperoleh.



moh daftar!!


belajar tajwid dalam kumpulan


wow, sukan memanah pun adaa...


gigihnya adik nie..


kenangan semasa Kem Intensif Al-Quran di Kuantan

Sekian. Moga bermanfaat..:)

#KiaPermai
#PermaiMenulis

No comments:

Post a Comment